
.jpg)
.jpg)
HUKUM KORBAN MENURUT ISLAM
Rasullulah Shalallahu”alaihi wa sallam bersabda ( maksudnya ) : “ Barang siapa yang mendapati dirinya mempunyai kelapangan / kemampuan (rezeki untuk berkorban ), lalu dia tidak mahu berkorban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat solat kami. “ ( Hadis Riwayat Imam Ahmad, Ibn Majah, ad-Darqutni, al-Hakim dan sanadnya Hassan. Lihat : Fathul Bari, jld.10/5. Hadis Mauquf lihat : Bulughul Maram, 1349 dan Ahkam al-l’dain, hlm.26’ )
Di dalam kitab Subulus Salam ( karya ash-Shan’ani ) berkenaan maksud hadis di atas ini bahawa :
Hadis ini menunjukkan bahawasanya seseorang di anggap telah meninggalkan suatu kewajipan (korban ) yang seolah-olah (baginya) tidak ada manfaatnya,walaupun dia bertaqarrub kepada Allah tetapi sayangnya dia meninggalkan kewajipan itu ( korban ) Lihat : Subulus Salam , 4/169.
HUKUM AQIQAH MENURUT ISLAM
Dari satu hadis, rasulullah s.a.w bersabda ( maksudnya ):
“ Sesuatu yang perlu mengiringi bayi baru lahir itu adalah aqiqah. Oleh itu, sembelihlah untuk tujuan aqiqah itu dan singkirkanlah darinya bahaya :’ ( Hadis a;-Bukhari, Kitab Aqiqah , no.380. )
Hukum aqiqah , menurut Sheikh Dahlawi Rahimahulla (r.h.), “ Disunnahkan bagi orang yang memiliki atau mampu
membeli dua ekor kambing agar menyembelih dua ekor untuk anak lelaki. “ (Rujuk : Hujjatulla al– Baalighah 2/144 )
Menurut Iman Malik, “ Persoalan aqiqahmenurut pandangan kami adalah bahawa orang yang menyembelih aqiqah.
Ia boleh melakukan aqiqah untuk anaknya dengan kambing, sama ada kambing jantan mahupun betina. Aqiqah itu
bukanlah wajib , akan tetapi mustahab ( disukai / sunnah )
dan ia sentiasa diamalkan oleh orang-orang dari kalangan kita. “ (al-Muwattha’, Kitab Aqiqah (26), no.7 )
HAIWAN YANG DI GUNAKAN UNTUK AQIQ AH
Imam Ahmad meriwayatkan dari Asma binti Yazid secara marfu ( maksudnya ) : Aqiqah adalah hak yang mesti
di tunaikan . Untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sepadan, dan untuk anak perempuan satu ekor kambing
( Disahihkan oleh al– Albani, lihat Sahahihul Jami’,
no. 4106 dan 4107 )
HAD UMUR HAIWAN UNTUK DI KORBANKAN
Menurut Imam Malik, Asy-Syafie, Ahmad dan Jumhur Ulama” bahawa akikah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki ( Bahimatul An- ‘aam ) seperti unta, lembu,kerbau, kambing dan biri-biri dan kibas ( sama seperti ibadah korban ).
Perlaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut :-
1. Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6
2. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun atau masuk ke 3
3. Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi
4. Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi
5. Haiwan tersebut juga di syaratkan tidak cacat.
Manakala rusa, kijang dan kancil tidak termasuk dalam kategori
Bahimatul An’aam. Maka ketiga-tiga haiwan tersebut ( rusa, kijang dan kancil ) tidak boleh untuk di jadikan sebagai haiwan aqiqah.
No comments:
Post a Comment